PENGERTIAN UJUB

Sifat ujub adalah sifat yang melanda umat Islam sekarang. Ia boleh diertikan dengan rasa kagum terhadap diri sendiri atau bahasa yang lebih mudah ialah “perasan”. Ia disebabkan kelebihan-kelebihan yang dimiliki manusia samaada kelebihan dunia seperti baju yang cantik, pandai berpidato, kejayaan ataupun kelebihan akhirat seperti solat jemaah , qiamul lail, dakwah, zikir dan sebagainya. Ujub adalah tergolong dari maksiat hati yang lebih besar dari maksiat zahir.



PERBEZAAN UJUB DAN RIYA


Riya adalah beramal kepada manusia dan mestilah semasa adanya manusia. Adapun ujub adalah perasaan yang ada dalam yang rasa kagum dan terpesona dengan diri sendiri. Ia berlaku samada depan manusia atau bersendirian. Imam ibnu Taymiyah berkata:


الرياء من باب الإشراك بالخلق والعجب من باب الإشراك بالنفس


“ Riya adalah menyengutui tuhan dengan mahkluk dan ujub adalah menyengutui tuhan dengan diri sendiri.”


Maksudnya bila seorang itu rasa kagum dengan blognya atau bacaan qurannya yang sedap maka dia telah menyengutui tuhan dengan dirinya sebab kehebatan blognya atau kesedapan bacaan Qurannya adalah daripada tuhan. Kenapa dia kagum dirinya dan dalam masa mengetahui ia dari tuhan. Sepatutnya dia hanya kagum kepada tuhannya sahaja.


UJUB DENGAN BANYAKNYA PENGIKUT DAN AHLI


Firman Allah swt:


لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللّهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنكُمْ شَيْئاً وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُم مُّدْبِرِينَ


"Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mu'minin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, yaitu diwaktu kamu menjadi UJUB (kagum) dengan banyaknya jumlah (mu), maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfa'at kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari kebelakang dengan bercerai-berai. (25 : at-Taubah)


Di sini menunjukkan ujub dengan banyaknya tentera (10,000) ketika itu menyebabkan mereka telah tewas pada pusingan pertama. Tuhan menegaskanbahawa banyaknya mereka tidak memberi makna sedikit pun pada buat mereka.


Oleh berhati2lah kepada guru yang rasa kagum dengan banyak anak muridnya, penganjur program yang kagum dengan ramai pesertanya, persatuan yang kagum dengan banyak ahlinya, bloger yang ramai yg banyak follower bahwa banyak tidak memberi makna , malahan mendatangkan kemurkaan tuhan seperti dalam tajuk seterusnya.


MORAL:

KITA TEWAS DAN GAGAL BUKAN KERANA SEDIKIT AHLI TETAPI KERANA PENYAKIT HATI YANG MASIH MELANDA TERUTAMA SIFAT UJUB.


KEMURKAAN TUHAN KEPADA YANG KAGUM DENGAN DIRINYA


Nabi saw bersabda:


بينما رجل يمشي في حلة تعجبه نفسه مرجل جمته إذ خسف الله به فمو يتجلجل في الأرض إلى يوم القيامة


“ Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju dan rambut yang disikat meneybabkan dia rasa kagum dengan pakain dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah menenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.”


Hadis sahih riwayat Bukhari (5789) dan Muslim ( 2088).


Kita digalakkan untuk memakai cantik tetapi dilarang untuk merasa kagum dengan diri kita tetapi kita hendaklah melihat Allah yang memberinya nikmat. Lihat betapa murkanya tuhan dengan manusia sebagini sehingga Allah menenggelamkan dia sehingga hari kiamat.


Ingatlah wahai manusia yang kagum dengan dirinya disebabkan:-

- rupa paras yang cantik.

- Bilik yang cantik.

- Petah berpidato dan berhujjah

- Kenderaan yang mahal

- baju yg branded

- rumah yang cantik

- masakan yang sedap

- blog yang menarik

- skill dalam permainan

- result exam yg bagus

Dengan Azab Allah yang akan berikan didunia dan akhirat. Ingatlah ianya dari tuhan, oleh itu kagumlah hanya kepada tuhan bukan diri sendiri.


UJUB PEROSAK AMALAN


Nabi saw bersabda:


ثلاث مهلكات شح مطاع وهوى متبع وإعجاب المرء بنفسه


“ Tiga perkara yang merosakkan: Sikap kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan rasa kagum dengan diri sendiri.”

Hadis riwayat Bazzar (80) dengan sanad yang hasan.


Imam Nawawi berkata:

“Ketahuilah bahawa keikhlasan akan terdedah dengan penyakit ujub. Sesiapa kagum dengan amalannya akan terbatal amalannya.”


Oleh itu orang yang beramal tidak kira apa amalan tersebut hendaklah menjauhi rasa kagum dengan amalannya seperti mana orang yang qiamullail pada malam hari rasa bahawa dia orang yang baik atau soleh. Berkata Nabi Isa alaihis salam:


يا معشر الحواريين كم من سراج قد أطفأه الريح وكم من عابد قد أفسده العجب


“ Wahai para penolong-penolongku, berapa banyak pelita yang dipadam apinya oleh angin dan berapa ramai orang yang beribadat dirosakkan amalannya oleh sifat ujub.”


Muthrif rahimahullah telah berkata:


لأن أبيت نائما وأصبح نادما أحب إلي من أن أبيت قائما وأصبح معجبا


“ Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”


Ibadah yang sebenar akan menyebabkan hati seorang itu semakin tunduk dan hina dengan tuhannya. Namun ibadah yang menghasilakan rasa kagum dan bangga itu adalah ditolak dan hasil dari tipu daya syaitan. Lihat apa yang berlaku kepada seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata:


“Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih dari orang di belakang ku (bila jadi imam) . Aku tidak mahu jadi imam sampai bila2.”


Hendak buat amal itu pun satu benda yg susah tetapi hendak menjaga amalan dari perosak adalah lebih susah. Orang yang berilmu rasa kagum dengan ilmunya. Orang yang memimpin rasa kagum dengan kepimpinannya. Orang yang bertahajud kagum dengan tahajudnya. Orang yang berdakwah rasa kagum dengan dakwahnya. Semua amalan tadi akan dirosakkan dengan sifat ujub itu. Hai ya Allah jaga lah hati-hati kami dari sifat ujub ini.


Kesimpulan


Ujub ini adalah penyakit yang melanda semua manusia. Manusia terdedah dengan ujub pada setiap ketika. Oleh itu hendaklah dia berusha untuk menidakkan sifat ujub tersebut. Yang lebih penting hendaklah dia belajar dari guru murabbi untuk menghilangkan sifat ujub ini. Rugilah jika amalan kita yang sedikit ini habis ditelan oleh ujub. Saya hanya menyebut sedikit sahaja tentang perihal ujub ini, banyaklah lagi tentang bahaya ujub, syptom2 ujub dan penawar ujub menurut Quran, hadis dan para ulama yang perlu dipelajari. Dr Majdi telah membahaskannya dalam kitab Hattim Sonamak dan menganggap manusia yang ujub ini menyembah dirinya. Saya berhasrat untuk mendiskusikan kitab ini pada cuti musim panas insyaAllah.


Rujukan: Hattim Sonamak oleh Dr Majdi Hilali, Minhajul Qasidin dan Sahih Bukhari.


Rujukan asal http://akhisalman.blogspot.com/2010/05/ujub-agen-perosak.html

Read More......
Ahad, Mei 30, 2010 Posted in | | 0 Comments »

1. Apa yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia ?
2. Apa yang paling JAUH dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling BESAR di dunia ?
4. Apa yang paling BERAT di dunia ?
5. Apa yang paling RINGAN di dunia ?
6. Apa yang paling TAJAM di dunia ?





Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al
Ghazali bertanya :

Pertama
“Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”.
Murid-muridnya menjawab : “orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya”.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu BENAR.
Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah MATI .
Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan
mati

Firman Allah Taala yang bermaksud :”Setiap yang bernyawa akan merasai mati”(Ali Imran :185)


Kedua
“Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”.
Murid -muridnya menjawab : “negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang”.
Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawaban yang mereka berikan itu
adalah BENAR. Tapi yang paling benar adalah MASA LALU.

Walau dengan cara apa sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Ketiga,
“Apa yang paling besar di dunia ini?”.
Murid-muridnya menjawab : “gunung, bumi dan matahari”.
Semua jawaban itu BENAR kata Imam Ghazali.
Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah NAFSU .

Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.


Keempat
“Apa yang paling berat di dunia ini?”.
Ada yang menjawab : “besi dan gajah”.
Semua jawaban adalah BENAR, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah
MEMEGANG AMANAH

Firman Allah Taala yang bermaksud : “Sesungguhnya kami telah menawarkan amanah kepada langit ,bumi dan gunung-gunung,tetapi semuanya enggan untuk memikul amanh itu dan mereka khuatir tidak dpat meleksanakannya(berat),lalu dipikullah amanah itu oleh manusia “.(Al-Ahzab : 72)
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini.
Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.


Kelima
“Apa yang paling ringan di dunia ini?”
Ada� yang menjawab : “kapas, angin, debu dan daun-daunan”.
Semua itu BENAR kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.
Gara-gara pekerjaan, kita meninggalkan solat, gara-gara bermesyuarat, kita meninggalkan solat.


Dan pertanyaan Keenam adalah,
“Apakah yang paling tajam di dunia ini?”
Murid-muridnya menjawab dengan serentak : “pedang”.
BENAR, kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah LIDAH MANUSIA .
Kerana melalui lidah, ,manusia selalu menyakiti hati dan melukai perasaan
saudaranya sendiri.


Wallahu a’lam…

Read More......
Posted in | | 2 Comments »


DEDIKASI KHAS BUAT CIKGU KHAIRUL SALLEH BIN ABD RAHMAN,DAN SEMUA PENDIDIK YANG PERNAH BERJASA MENDIDIK DIRI INI DAN SELURUH ANAK BANGSA ..JASAMU TETAP DIKENANG..YA ALLAH BERKATILAH KEHIDUPAN GURU-GURU KAMI..

Di Penjuru Hati

Di Tengah Keriuhan Suara Kami
Lembut Kidungmu Mengalun Citra
Tentang Hikayat Bangsa Yang Sirna Cahaya
Tandus Budaya Ilmu

Kau Lontarkan Sepenuhnya Kepentingan Diri
Meletakkan Kami Ke Mercu Citamu
Demi Melihat Cahaya Menyimbahi Jiwa
Anak-anak Bangsamu

Di Penjuru Hatiku Ini
Namamu Terukir
Sentuhan Kasih Sayangmu
Membentuk Hidupku
Dedikasi Tiada Nilainya
Setinggi Harapanmu
Terima Kasih Segalanya

Di Penjuru Hatiku Ini
Namamu Bermukim
Sentuhan Kasih Sayangmu
Membelai Hidupku
Semoga Tuhan Menerima Seluruh Amalanmu
Bahagia Di Dunia Dan Akhirat

Terima Kasih Segalanya..

p/s:lagu ini adalah hasil ciptaan cikgu Khairul Salleh dan pernah dinyanyikan pada Sambutan Hari Guru SMAW tahun 2002 oleh kumpulan nasyid amsyar..8 tahun yang lalu..huhu..

Read More......
Ahad, Mei 16, 2010 Posted in | | 1 Comments »

Bismillahirrahmanirrahim..

Sebagaimana yang dimaklumi bersama bahawa sambutan Hari Ibu merupakan satu sambutan yang seringkali disambut oleh seluruh masyarakat dunia tidak terkecuali umat Islam di negara kita Malaysia. Persoalannya, adakah sambutan ini yang tidak disandarkan kepada mana-mana sunnah Rasulullah s.a.w dibolehkan di dalam Islam?



Di dalam menjawab persoalan ini, Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengemukakan jawapan yang amat menarik sebagaimana termaktub di dalam laman web http://www.islamonline.net. Antara lainnya jawapan beliau berbunyi :
“Apabila kita mengadakan sambutan hari ibu yang dianjurkan oleh Barat, kita sebenarnya telah mengikuti langkah-langkah mereka dengan membuta tuli dan sama sekali kita tidak pernah memikirkan kenapakah Barat menganjurkan sambutan Hari Ibu. Sebenarnya ahli pemikir Barat mendapati bahawa anak-anak remaja sudah tidak lagi memuliakan ibu mereka dengan sepatutnya, maka mereka berusaha untuk mengadakan satu hari khusus bagi mengajak masyarakat Barat khususnya memuliakan ibu dan hari ini dinamakan sebagai Hari Ibu. Sedangkan bagi kita umat Islam sudah diperintahkan untuk memuliakan ibu pada setiap masa dan waktu. Kita sentiasa mengucup tangan ibu, mematuhi permintaannya dan sentiasa menziarahi ibu setiap masa. Oleh yang demikian, tidak ada satu keperluan yang mendesak untuk turut diadakan hari Ibu. Namun, apabila Barat melaungkan sambutan Hari Ibu, kita pun turut terikut-ikut sedangkan suasana yang ada sebenarnya amat berbeza. Mereka membiarkan ibu mereka terkontang-kanting di rumah kebajikan dan bapa mereka pula hidup di tempat berasingan tanpa sesiapa yang datang menjenguk. Sedangkan di dalam kehidupan kita, tidak berlakunya perkara demikian".

Islam sebenarnya telah memberikan satu tanggungjawab kepada umat Islam untuk memuliakan ibunya. Ini termaktub di dalam hadis yang memerintahkan dimuliakan ibu ke atas bapa sebanyak tiga kali (ibumu, ibumu, ibumu kemudian bapamu). Dan sekiranya kita merujuk kepada al-Quran sendiri, kita akan mendapati al-Quran memberikan penekanan supaya memuliakan kedua-dua ibubapa. Firman Allah swt yang bermaksud : “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya” (Surah al-Ankabut, ayat 8)

Walaupun demikian, al-Quran juga hanya menceritakan kepayahan yang ditempuhi oleh seorang ibu dalam mengandungkan anaknya sebagai satu isyarat bahawa ibu sepatutnya lebih ditaati dari seorang bapa. Firman Allah swt yang bermaksud : “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.” (Surah Luqman, 8)

Pandangan Dr. Yusuf al-Qaradhawi ini agak berbeza dari pandangan Dr. Abdul Fattah ‘Asyur yang antara lainnya menyatakan di dalam responnya :
“Perayaan hari Ibu tidak boleh dikatakan salah satu hari raya bagi umat Islam. Namun demikian, ia tetap dikira sebagai satu peluang untuk perlu diambil untuk menzahirkan kemuliaan kepada ibu, di dalam masa yang sama tidaklah menafikan kewajipan anak ini pada hari-hari yang lain.
Dan sekiranya dipilih satu hari untuk anak-anak masing-masing memuliakan ibu mereka dengan cara tersendiri, maka itu tidaklah dicegah oleh hukum syarak. Bahkan kita mengadakan sambutan ini sebagai memenuhi perintah Allah s.w.t.”

Wallahu a’lam...

Pandangan ini boleh dikongsi di alamat :
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1122528611420&pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar%2FFatwaA%2FFatwaAAskTheScholar

Read More......
Sabtu, Mei 08, 2010 Posted in | | 0 Comments »