15 Januari 1993,
Lahirnya sebuah wadah perjuangan,
Terbentuknya sebuah tapak ikatan,
21 putera Malaysia menjadi perintis,
PMRAM menjadi naungannya,
DPMT ialah milik kita.

Dahulu...Perubatan Tanta Chapter,
Kini...Perubatan Cawangan Tanta,
At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah adalah mottonya,
Tumbuhnya pada tahun 2005,
Tahun 2006 adalah rasminya.

Hebat...Hebat...Hebat...
Pelajar pengajian Islam memang hebat,
Hari demi hari mendampingi para masyaikh,
Mengalun kalam Ilahi daripada kitab suci,
Menitip hadith meriwayat sunnah,
Mengkaji hukum itu dan ini.

Tapi...Sahabat-sahabat,
Hebat sangatkah kita?
Sekiranya,
Ilmu menggunung tinggi amalannya tiada,
Tahu hak dan batil tapi gagal menerangkannya,
Umat dahaga cahaya Ilahi,
Kita peraga demi kepentingan duniawi,
Mana Quran kita?
Mana sunnnah kita?
Mana hebatnya kita?

Mantap...Mantap...Mantap...
Mantapnya pelajar medic, pelajar perubatan,
Dapat biasiswa,
Dapat tajaan,
Dapat pinjaman,
Hidupnya mewah dan selesa,
Bakal menjadi doktor,
Merawat masyarakat di kampung halaman,
Akan menjadi tumpuan.

Tapi...Teman-teman,
Cukupkah dengan gelaran doktor?
Mantapkah kita?
Sekiranya,
Kita berhasrat merawat orang lain,
Sedangkan diri sendiri tidak dirawati,
Kita membiarkan penyakit merebak ke seluruh anggota,
Membenarkan virus bertakhta di dalam kalbu dan jiwa,
Maksiat tidak dihiraukan,
Melakukan dosa tiap waktu dan tika,
Inikah yang kita bangga-banggakan?
Hah?
Mantapkah kita?

Wahai sahabat-sahabat,
Kita bertemu di sini hanya dengan niat yang satu,
Iaitu ingin menuntut ilmu,
Dalam menuntut ilmu,
Pahit dan manis dirasai bersama,
Ia memerlukan semangat yang kental,
Dihiasi keikhlasan hati budi sebagai seorang pejuang.

Sahabatku,
Kemesraan antara kita,
Maka terbentuknya sebuah ukhuwwah,
Membentuk sebuah persahabatan,
Yang benar-benar mengharapkan keredaan Ilahi.

Teman-teman,
Hanya satu yang aku pohon,
Jangan engkau lupa persahabatan kita,
Mantapkanlah ukhuwwah,
Elakkan persengketaan,
Jauhkanlah permusuhan,
Berpegang teguhlah pada pertalian kita,
Perjuangan kita banyak berliku,
Masih jauh beribu batu.

Ingatlah duhai rakan-rakan yang ku sayangi,
Ukhuwwah kita buat selama-lamanya,
Semoga ikatan yang dibina,
Mendapat keredaan Allah,
INILAH UKHUWWAH KITA.

Nukilan:
Saudara Nawawi Mohd Shaleh
Pelajar Tahun 1 Perubatan,
Universiti Tanta.




*Sajak ini telah dideklamasikan pada Malam Kebudayaan dan Kesenian Islam (MANIS) sempena majlis penutup program The Symposium of Malaysian Students In Tanta (EMINENT '10) di Dewan Al-Mu'tamarat, Universiti Tanta.

kredit to http://akukau-dia.blogspot.com/

Read More......
Ahad, Mac 28, 2010 Posted in | | 0 Comments »

Alhamdulillah..dalam kekangan masa yang agak sibuk beberapa hari ini,dapat juga ana meluangkan masa meng'update' blog ni..pada posting kali ini rasanya masih belum terlambat untuk ana ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat 3 pasangan pengantin di bawah.BARAKALLAHU LAKUM..

Pasangan pertama yang mungkin juga dirasakan menarik dan unik untuk ana berkongsi cerita bersama dengan pembaca,'Pengantin Cipta Sejarah' yang ana jadikan sebagai tajuk utama pada posting kali ini,beliau yang ana maksudkan ialah pasangan ustaz Mohd Zahid Abu Bakar dengan ustazah Yasidah Abu Bakar.Kedua-duanya adalah penuntut di Universiti al-Azhar,Mesir.Apa yang menariknya tentang perkahwinan ustaz Zahid ini,ianya dilangsungkan melalui sidang video.Perkahwinan ini telah mendapat liputan yang meluas dari media massa dan telah disiarkan di dalam AKBAR myMETRO bertarikh 20 Mac 2010.Pembaca boleh terus ke link http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pengantinciptasejarah/myMA/myArticle BARAKALLAHU LAKUMA..

keratan akbar myMetro


ambil berkat pengantin..hehe


upacara memotong kek


teman-teman seperjuangan di perlembahan nil


Pasangan kedua alHakim Hasyim+norhaYati Mohamed,walimah yang berlangsung pada 14 mac 2010 bersamaan hari ahad yang lepas.Ramai juga geng wostorian batch 2002 yang turun.mmm..siapa sangka..siapa menduga..Allah punya kuasa..jodoh mereka berdua akhirnya sampai ke jinjang pelamin..teringat kata-kata seorang kawan..'dulu satu sekolah sekarang satu rumah..'hehe dan Hakim+Yati dah pun terjemahkan maksud kata-kata tersebut...titipan ana buat kalian berdua selamat menjalani kehidupan baru sebagai suami isteri..ketahuilah bahawa kehidupan berumahtangga ini adalah suatu tuntutan agama yang mana hikmahnya amat besar yang tidak terdapat dalam mana-mana agama selain ISLAM.BARAKALLAHU LAKUMA..

cayalah..siap tempah banner lagi tu..


pertemuan dua jiwa hambaNya


wostorian batch 2002-ikhwah


wostorian batch 2002-akhawat


Pasangan ketiga pula,alfun mabruk buat pasangan ustaz Anuar Daud dan ustazah Norfaaizah Nazri,kedua-duanya adalah penuntut di Universiti al-Azhar,tahun akhir.Walimah mereka berlangsung sama dengan tarikh walimah Hakim+Yati di rumah ustazah faaizah yang terletak di Bandar Jengka,Pahang.BARAKALLAHU LAKUMA...


akad nikah yang berlangsung
diwali
kan oleh ayah pengantin perempuan


menunaikan solat sunat selepas selesai akad nikah


langkah raja sehari


barang hantaran-al-quran bertatah tembaga


ustazah faaizah disisi suami tercinta

Read More......
Rabu, Mac 24, 2010 Posted in | | 0 Comments »

Read More......
Sabtu, Mac 20, 2010 Posted in | | 0 Comments »



Kita akan membahagikan pembahasan ini kepada beberapa bahagian:
1. Hukum berjabat tangan/bersalam
2. Hukum mencium tangan
3. Hukum membongkokkan badan
4. Hukum bersujud kepada selain Allah
5. Rumusan

1. Hukum Berjabat Tangan/Bersalam
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Abu Qatadah berkata, aku bertanya kepada Anas r.a.: "Apakah para sahabat Rasulullah s.a.w. dahulu saling berjabat tangan" Dia menjawab: "Ya." (HR Bukhari)

Dari al-Barraa' bin Azib r.a., katanya telah sabda Rasulullah s.a.w.:
"Tidaklah dua orang Islam bertemu lalu saling bersalaman/berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud, al-Tarmizi & Ibnu Majah)

Dari Athaa' bin Abdullah al-Khurasani, katanya Nabi s.a.w. telah bersaba:
"Hendaklah kamu saling berjabat tangan, nescaya hilanglah rasa dengki. Hendaklah kamu saling menmberi hadiah, nescaya kamu saling mencintai dan hilanglah permusuhan." (Hadis Mursal riwayat Imam Malik)

Dari al-Barra"bin al-Azib r.a., katanya, telah bersabda Rasulullah s.a.w.:
"Sesungguhnya jika dua orang Islam bertemu, lalu saling berjabat tangan, saling mengasihi dan saling menasihati, nescaya bertebaranlah dosa-dosa yang ada pada kedua orang itu."? (HR Ibnu Sunni)

Hadis di atas adalah di antara hadis yang menunjukkan bahawa berjabat tangan ketika bertemu adalah sunat hukumnya.

2. Hukum Mencium Tangan
Al-Nawawi mengatakan bahawa dianjurkan agar mencium tangan orang yang kemuliaannya disebabkan oleh perkara yang bersangkut paut dengan agama. Seperti seorang yang zuhud, alim/ulamak, soleh, warak dan sebagainya. Ini termasuklah kedua ibubapa kita yang muslim.

Dimakruhkah mencium tangan seseorang yang dipandang mulia dengan sebab-sebab keduniaan, seperti orang kaya, orang yang berpangkat, berkedudukan tinggi dan sebagainya. Perbuatan ini amat tidak disukai.

Dari Zari' r.a., yang termasuk di dalam rombongan Abdul Qais, dia berkata: "Kamipun berlumba-lumba turun dari kenderaan kami, lalu kami mencium tangan dan kaki Nabi s.a.w."

3. Hukum Membongkokkan Badan
Adalah dimakruhkan membongkokkan badan kerana mahu menghormati seseorang.

Dari Anas r.a., katanya: Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah s.a.w., jika seseorang dari kita bertemu saudaranya atau temannya, apakah dia perlu membungkuk kepadanya? Baginda menjawab: "Tidak." Orang itu bertanya: "Apakah dia perlu memeluk dan menciumnya?" Baginda menjawab "Tidak." Orang itu bertanya: "Apakah perlu dia memegang tangannya dan bersalam dengannya?" Baginda menjawa: "Ya." (HR al-Tarmizi)

Hadis di atas bermaksud:
1. Makruh membungkukkan badan kepada seseorang.
2. Makruh memeluk dan mencium seseorang kecuali jika kembali dari permusafiran.
3. Sunat berjabat tangan ketika bertemu.

Kita sering melihat mereka yang berada di atas pentas kerana berucap atau membuat persembahan. Sebelum atau selepas berucap atau membuat persembahan, mereka akan menundukkan badan sebagai tanda hormat kepada para hadirin. Perbuatan ini adalah dimakruhkan.

4. Hukum Bersujud Kepada Selain Allah
Umat Islam dilarang bersujud kepada selain dari Allah, samada ia berbentuk peribadatan atau penghormatan sahaja.

Jika ditanya, bagaimana dengan sujud para malaikat kepada Adam? Bukankah itu sujud dari makhluk kepada makhluk?

Jawab: Sujud yang dilakukan oleh para malaika kepada Adam bukanlah sujud yang berbentuk penyembahan (ibadah), tetapi sebagai penghormatan. Perkara ini disepakati oleh para ahli tafsir.

Lagi pula sujud malaikat kepada Adam adalah atas titah perintah Allah yang wajib dipatuhi.

Sehingga kita sendiripun, jika seandainya Allah memerintahkan kita agar sujud kepada seseorang, kita wajib mematuhinya. Jika perintah sujud itu diperintahkan oleh selain Allah, maka haram melakukan.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Seandainya aku diperintahkan agar seseorang itu boleh sujud kepada seseorang lain, nescaya aku akan memerintahkan perempuan sujud kepada suaminya." (HR al-tarmizi)

Hadis di atas menunjukkan:

1. Larangan bersujud kepada selain dari Allah, kerana tiada arahan berbuat demikian.
2. Suami wajib ditaati dan dipatuhi oleh si isteri.

Ahli taFsir mengatakan ada bebepa kemungkinan di dalam masalah sujud malaikat kepada Adam:
1. Malaikat benar-benar sujud kepada Adam dengan meletakkan dahinya ke tanah. Bukan sebagai penyembahan tetapi sebagai penghormatan serta melaksanakan perintah Allah.
2. Boleh jadi juga para malaikat itu pada hakikatnya bersujud kepada Allah, tetapi dengan menjadikan Adam sebagai kiblatnya. Ini sebagaimana kita diperintahkan bersujud kepada Allah dengan menjadikan ka'bah sebagai arah kiblah kita.
3. Ada juga yang mengatakan bahawa sujud malaikat kepada Adam bukanlah sujud dalam ertikata bersujud yang sebenarnya. Tetapi ia berbentuk sujud maknawi, iaitu dengan berikrar dan mengiktiraf kelebihan Adam.

Perlakuan sujud kerana menghormati (bukan penyembahan/ ibadah) memang berlaku pada umat zaman dahulu. Termasuk pada zaman Ya'qub dan Yusof, firman Allah Taala menceritakan mengenai Yusof a.s.:

"Dan ia dudukkan kedua ibu bapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran. Dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf"(Yusof:100)

Tradisi bersujud kerana hormat ini berlaku hinggalah berakhir pada zaman Rasulullah s.a.w. Umat Muhamad di larang bersujud kepada selain dari Allah.

Ketika para sahabat melihat pokok dan unta bersujud kepada Rasulullah s.a.w., mereka berkata: "Kami adalah lebih patut bersujud kepadamu."Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak sepatutnya seseorang itu bersujud kepada selain dari Allah Tuhan seru sekelian alam."

Perkara ini juga pernah terjadi kepada Mu'az bin Jabal yang baru sampai dari Syam, lalu bersujud kepada Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: "Apa ini"? Mu'az menjawab: "Wahai Rasulullah s.a.w., aku baru datang dari Syam, aku pernah melihat mereka (penduduk Syam) bersujud kepada pembesar dan pendeta mereka. Aku ingin melakukan itu terhadapmu." Baginda bersabda: " Jangan lakukan. Jika aku diperintahkan sesuatu itu boleh bersujud kepada sesuatu, nescaya aku akan memerintahkan agar wanita bersujud kepada suaminyaa£รก|.al-hadis." (HR Ibnu Majah)

Oleh itu, bersujud kepada selain dari Allah adalah haram hukumnya. Tidak kira samada sujud itu kerana penyembahan atau hanya semata-mata penghormatan.

Rumusan
1. Berjabat tangan adalah sunat.
2. Mencium tangan adalah dianjurkan kepada mereka yang dimuliakan dari segi keagamaan. Dimakruhkan jika kemuliaan itu dari segi keduniaan.
3. Membongkokkan badan kerana menghormati seseorang adalah makruh.
4. Bersujud kepada selain dari Allah adalah haram.
5. Apabila kita berjabat tangan dengan ibu atau bapa kita, kita terpaksa membongkokkan badan kerana mahu mencium tangannya. Kita membongkokkan badan bukan atas tujuan menghormatinya. Hal ini dibolehkan, cuma tidak boleh berlebih-lebihan.

Wallahu a'lam...

Rujukan
1. Al-Quran
2. Tafsir al-Qurthubi
3. Sahih Bukhari
4. Al-Azkar
5. Ahsanul Kalam

Read More......
Jumaat, Mac 19, 2010 Posted in | | 0 Comments »


Kata Ibnu Qayyim - ada 10 Jenis Tangisan :
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan
sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya
dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia
tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah
sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu
di tampung banjirlah dunia ini.

Tangisan tercela atau terpuji ?? :
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan
meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.
Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan
kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab
dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api neraka :
Rasulullah s.a.w bersabda : "Tidaklah mata seseorang menitiskan air
mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s :
Baginda menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat
takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Baginda bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,"Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai
Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubatmu!."


Air mata yang tiada di tuntut :
Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukankah Tuhan yang
telah menentukannya.
Janganlah menangis menonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah
jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang
membuat persediaan.
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita
kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakinlah, rezeki
itu adalah pemberian Tuhan.

Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di
waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan dua biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam." "Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat n aungan Allah di hari qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya." "Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguranlah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Farisi r.a
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil
datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau
neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan :
Rasulullah saw bersabda : "Jagalah mayat ketika kematiannya dan
perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Air matanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.

(riwayat dari Salman al Faarisi)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang
Memiliki mu."

Dari itu.....
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk
menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala
dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga
sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari
persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan
mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2
dan moga-moga akan mendapat keampunanNya.

Wallahu a’alam..

Read More......
Selasa, Mac 02, 2010 Posted in | | 0 Comments »