15 Januari 1993,
Lahirnya sebuah wadah perjuangan,
Terbentuknya sebuah tapak ikatan,
21 putera Malaysia menjadi perintis,
PMRAM menjadi naungannya,
DPMT ialah milik kita.

Dahulu...Perubatan Tanta Chapter,
Kini...Perubatan Cawangan Tanta,
At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah adalah mottonya,
Tumbuhnya pada tahun 2005,
Tahun 2006 adalah rasminya.

Hebat...Hebat...Hebat...
Pelajar pengajian Islam memang hebat,
Hari demi hari mendampingi para masyaikh,
Mengalun kalam Ilahi daripada kitab suci,
Menitip hadith meriwayat sunnah,
Mengkaji hukum itu dan ini.

Tapi...Sahabat-sahabat,
Hebat sangatkah kita?
Sekiranya,
Ilmu menggunung tinggi amalannya tiada,
Tahu hak dan batil tapi gagal menerangkannya,
Umat dahaga cahaya Ilahi,
Kita peraga demi kepentingan duniawi,
Mana Quran kita?
Mana sunnnah kita?
Mana hebatnya kita?

Mantap...Mantap...Mantap...
Mantapnya pelajar medic, pelajar perubatan,
Dapat biasiswa,
Dapat tajaan,
Dapat pinjaman,
Hidupnya mewah dan selesa,
Bakal menjadi doktor,
Merawat masyarakat di kampung halaman,
Akan menjadi tumpuan.

Tapi...Teman-teman,
Cukupkah dengan gelaran doktor?
Mantapkah kita?
Sekiranya,
Kita berhasrat merawat orang lain,
Sedangkan diri sendiri tidak dirawati,
Kita membiarkan penyakit merebak ke seluruh anggota,
Membenarkan virus bertakhta di dalam kalbu dan jiwa,
Maksiat tidak dihiraukan,
Melakukan dosa tiap waktu dan tika,
Inikah yang kita bangga-banggakan?
Hah?
Mantapkah kita?

Wahai sahabat-sahabat,
Kita bertemu di sini hanya dengan niat yang satu,
Iaitu ingin menuntut ilmu,
Dalam menuntut ilmu,
Pahit dan manis dirasai bersama,
Ia memerlukan semangat yang kental,
Dihiasi keikhlasan hati budi sebagai seorang pejuang.

Sahabatku,
Kemesraan antara kita,
Maka terbentuknya sebuah ukhuwwah,
Membentuk sebuah persahabatan,
Yang benar-benar mengharapkan keredaan Ilahi.

Teman-teman,
Hanya satu yang aku pohon,
Jangan engkau lupa persahabatan kita,
Mantapkanlah ukhuwwah,
Elakkan persengketaan,
Jauhkanlah permusuhan,
Berpegang teguhlah pada pertalian kita,
Perjuangan kita banyak berliku,
Masih jauh beribu batu.

Ingatlah duhai rakan-rakan yang ku sayangi,
Ukhuwwah kita buat selama-lamanya,
Semoga ikatan yang dibina,
Mendapat keredaan Allah,
INILAH UKHUWWAH KITA.

Nukilan:
Saudara Nawawi Mohd Shaleh
Pelajar Tahun 1 Perubatan,
Universiti Tanta.




*Sajak ini telah dideklamasikan pada Malam Kebudayaan dan Kesenian Islam (MANIS) sempena majlis penutup program The Symposium of Malaysian Students In Tanta (EMINENT '10) di Dewan Al-Mu'tamarat, Universiti Tanta.

kredit to http://akukau-dia.blogspot.com/

Ahad, Mac 28, 2010 Posted in | | 0 Comments »

One Responses to "Inilah Ukhuwah Kita"

Write a comment