Menurut Imam al Ghazali,masyarakat yang menjadi sasaran dakwah itu terbahagi kepada 4 golongan:

1) Golongan yang jahil - golongan ini tidak berniat untuk melanggar perintah Tuhan tetapi tindakannya di luar daripada Islam dan pelanggaran peraturan Allah adalah disebabkan kejahilannya. Golongan ini mudah dipimpin dan diinsafkan.

2) Golongan yang melaksanakan perintah Allah tetapi tidak sepenuhnya disamping mampu meninggalkan sebahagian dari larangan Allah s.w.t sahaja. Hal ini terjadi kerana mereka tidak mampu melawan nafsu mereka. Sebenarnya dia memang rasa berdukacita di atas maksiat yang dilakukannya serta kecewa tidak dapat melaksanakan perintah Allah. Golongan ini berat sedikit untuk dinsafkan kerana dia mengetahui segala perinta dan larangan Allah tetapi telah dikalahkan oleh nafsunya. Termasuk di dalam golongan ini para-para ulama yang boleh bersyarah dengan menggunakan Al Quran dan hadith tetapi masih menurut kemahuan nafsunya di dalam kehidupan dan kenyataan yang sebenar. Menyedarkan golongan ini hanyalah dengan menundukkan nafsunya.

3) Golongan yang mempunyai kepentingan - golongan ini melakukan kemungkaran dan tidak mahu melaksanakan peraturan-peraturan Tuhan di dalam hidupnya samada pada dirinya, rumahtangganya dan masyarakatnya kerana mengaut keuntungan darinya. "Buat apa nak ikut Islam sangat, bukan boleh untung" Kata mereka. Golongan ini boleh dikategorikan sebagai golongan yang mengampu dan munafik. Golongan ini payah disedarkan kerana kepentingannya mengatasi hukum-hukum Allah.

Rasulullah s.a.w telah berjaya mengubati penyakit masyarakat kepada menerima kebenaran yang hakiki. Para sahabat juga telah berjaya, begitu juga para Tabi'in dan pejuang kebenaran. Justeru itu, sekiranya kita pada hari ini ingin berjaya mengubati penyakit masyarakat yang sedang melanda, tidak ada formula lain selain dari mengambil semua teknik mereka yang terbukti berjaya, maka pasti Allah s.w.t akan memberikan kemenangan dan kejayaan. Insya Allah.

4) Golongan yang menganggap baik itu jahat dan jahat itu baik - mereka beranggapan Islam itu kolot dan barat itu moden. Yang tutup aurat itu tidak terbuka mindanya, yang buka aurat itu terbuka mindanya. Golongan ini adalah golongan yang paling payah untuk disedarkan. Biasanya mereka ini mempunyai ideologi-ideologinya yang tersendiri yang diperjuangkan seperti ideologi komunisma, nasionalisma, kapitalisma, sosialisma dan lain-lain.

Imam al Ghazali menegaskan bahawa lebih banyak masa dan tenaga perlu ditumpukan kepada golongan pertama dan kedua (80%). Kerana peluang untuk mereka kembali amat cerah. Untuk golongan yang ketiga dan keempat, tidak perlu diberikan banyak masa dan tenaga. Golongan ini hanya perlu dibendung pengaruhnya agar tidak menjangkiti masyarakat kerana mereka telah sebati dengan prinsip hidup mereka. Peruntukan masa di dalam kerja dakwah ini perlulah dilakukan dengan tepat agar usaha dakwah itu tidak berakhir dengan kekecewaan serta mematahkan semangat untuk menegakkan kalimah Allah.

Wallahu a'lam..


Read More......
Jumaat, Disember 31, 2010 Posted in | | 2 Comments »


مَنْ سَارَ عَلىَ الدَّرْبِ وَصَلَ
barangsiapa berjalan pada jalannya sampailah ia

مَنْ جَدَّ وَجَدَ
barangsiapa bersungguh-sungguh, dapatlah ia

مَنْ صَبَرَ ظَفِرَ
barangsiapa sabar beruntunglah ia

مَنْ قَلَّ صِدْقُهُ قَلَّ صَدِيْقُهُ
barangsiapa sedikit benarnya/kejujurannya, sedikit pulalah temannya

جَالِسْ أَهْلَ الصِّدْقِ وَالوَفَاءِ
pergaulilah orang yang jujur dan menepati janji

مَوَدَّةُ الصَّدِيْقِ تَظْهَرُ وَقْتَ الضِّيْقِ
kecintaan/ketulusan teman itu, akan tampak pada waktu kesempitan

وَمَااللَّذَّةُ إِلاَّ بَعْدَ التَّعَبِ
tiada kenikmatan kecuali setelah kepayahan

الصَّبْرُ يُعِيْنُ عَلىَ كُلِّ عَمَلٍ
kesabaran itu menolong segala pekerjaan

جَرِّبْ وَلاَحِظْ تَكُنْ عَارِفًا
cubalah dan perhatikanlah,niscaya kau jadi orang yang tahu

اُطْلُبِ العِلْمَ مِنَ المَهْدِ إِلىَ اللَّحْدِ
tuntutlah ilmu sejak dari buaian hingga liang lahad

بَيْضَةُ اليَوْمِ خَيْرٌ مِنْ دَجَاجَةِ الغَدِ
telur hari ini lebih baik daripada ayam esok hari

الوَقْتُ أَثْمَنُ مِنَ الذَّهَبِ
waktu itu lebih mahal daripada emas

العَقْلُ السَّلِيْمُ فيِ الجِسِْم السَّلِيْمِ
akal yang sihat itu terletak pada badan yang sihat

خَيْرُ جَلِيْسٍ فيِ الزَّمَانِ كِتَابٌ
sebaik-baik teman duduk pada setiap waktu adalah buku

مَنْ يَزْرَعْ يَحْصُدْ
barangsiapa menanam pasti akan memetik

خَيْرُ الأَصْحَابِ مَنْ يَدُلُّكَ عَلىَ الخَيْرِ
sebaik-baik teman itu ialah yang menunjukkan kamu kepada kebaikan

لَوْلاَ العِلْمُ لَكَانَ النَّاسُ كَالبَهَائِم
seandainya tiada berilmu niscaya manusia itu seperti binatang

العِلْمُ فيِ الصِّغَرِ كَالنَّقْشِ عَلىَ الحَجَرِ
ilmu pengetahuan diwaktu kecil itu,bagaikan ukiran di atas batu

لَنْ تَرْجِعَ الأَياَّمُ الَّتيِ مَضَتْ
tidak akan kembali hari-hari yang telah berlalu

تَعَلَّمَنْ صَغِيْرًا وَاعْمَلْ بِهِ كَبِيْرًا
belajarlah di waktu kecil dan amalkanlah di waktu besar

العِلْمُ بِلاَ عَمَلٍ كَالشَّجَرِ بِلاَ ثَمَر
ilmu yang tidak diamalkan bagaikan pohon yang tidak berbuah

الاتِّحَادُ أَسَاسُ النَّجَاحِ

bersatu adalah pangkal keberhasilan

لاَ تَحْتَقِرْ مِسْكِيْنًا وَكُنْ لَهُ مُعِيْناً
jangan engkau menghina orang miskin bahkan jadilah penolong baginya

الشَّرَفُ بِالأَدَبِ لاَ بِالنَّسَبِ
kemuliaan itu dengan adab kesopanan, (budi pekerti) bukan dengan keturunan

سَلاَمَةُ الإِنْسَانِ فيِ حِفْظِ اللِّسَانِ
keselamatan manusia itu dalam menjaga lidahnya (perkataannya)

آدَابُ المَرْءِ خَيْرٌ مِنْ ذَهَبِهِ
adab seseorang itu lebih baik (lebih berharga) daripada emasnya

سُوْءُ الخُلُقِ يُعْدِي
kerosakan budi pekerti/akhlaq itu menular

آفَةُ العِلْمِ النِّسْياَنُ
bencana ilmu itu adalah lupa

إِذَا صَدَقَ العَزْمُ وَضَحَ السَّبِيْلُ
jika benar kemahuannya niscaya terbukalah jalannya

لاَ تَحْتَقِرْ مَنْ دُوْنَكَ فَلِكُلِّ شَيْئٍ مَزِيَّةٌ
jangan menghina seseorang yang lebih rendah daripada kamu, kerana segala sesuatu itu mempunyai kelebihan

أَصْلِحْ نَفْسَكَ يَصْلُحْ لَكَ النَّاسُ
perbaikilah dirimu sendiri, niscaya orang-orang lain akan baik padamu

فَكِّرْ قَبْلَ أَنْ تَعْزِمَ
berfikirlah dahulu sebelum kamu berkemahuan (melakukan)

مَنْ عَرَفَ بُعْدَ السَّفَرِ اِسْتَعَدَّ
barangsiapa tahu jauhnya perjalanan, bersiap-siaplah ia

مَنْ حَفَرَ حُفْرَةً وَقَعَ فِيْهَا
barangsiapa menggali lubang, akan terperosoklah ia di dalamnya

عَدُوٌّ عَاقِلٌ خَيْرٌ مِنْ صَدِيْقٍ جَاهِلٍ
musuh yang pandai, lebih baik daripada kawan yang bodoh

مَنْ كَثُرَ إِحْسَانُهُ كَثُرَ إِخْوَانُهُ
barangsiapa banyak perbuatan baiknya, banyak pulalah temannya

اِجْهَدْ وَلاَ تَكْسَلْ وَلاَ تَكُ غَافِلاً فَنَدَامَةُ العُقْبىَ لِمَنْ يَتَكاَسَلُ
bersungguh-sungguhlah dan jangan bermala-malas dan jangan pula berlengah, kerana penyesalan itu bagi orang yang bermalas-malas

لاَ تُؤَخِّرْ عَمَلَكَ إِلىَ الغَدِ مَا تَقْدِرُ أَنْ تَعْمَلَهُ اليَوْمَ
janganlah mengakhirkan pekerjaanmu hingga esok hari, yang kamu dapat mengejakannya hari ini

اُتْرُكِ الشَّرَّ يَتْرُكْكَ
tinggalkanlah kejahatan, nescaya ia (kejahatan itu) akan meninggalkanmu

خَيْرُ النَّاسِ أَحْسَنُهُمْ خُلُقاً وَأَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
sebaik-baik manusia itu, adalah yang terlebih baik budi pekertinya dan yang lebih bermanfaat bagi manusia

فيِ التَّأَنِّي السَّلاَمَةُ وَفيِ العَجَلَةِ النَّدَامَةُ
di dalam hati-hati itu adanya keselamatan, dan di dalam tergesa-gesa itu adanya penyesalan

ثَمْرَةُ التَّفْرِيْطِ النَّدَامَةُ وَثَمْرَةُ الحَزْمِ السَّلاَمَةُ

buah sembrono/lengah itu penyesalan, dan buah cermat itu keselamatan

الرِّفْقُ بِالضَّعِيْفِ مِنْ خُلُقِ الشَّرِيْفِ
berlemah lembut kepada orang yang lemah itu, adalah suatu perangai orang yang mulia (terhormat)

فَجَزَاءُ سَيِّئَةٍ سَيِّئَةٌ مِثْلُهَا

pahala(balasan) suatu kejahatan itu adalah kejahatan yang sama dengannya

تَرْكُ الجَوَابِ عَلىَ الجَاهِلِ جَوَابٌ
tidak menjawab terhadap orang yang bodoh itu adalah jawabannya

مَنْ عَذُبَ لِسَانُهُ كَثُرَ إِخْوَانُهُ
barangsiapa lembut tutur katanya (perkataannya) banyaklah temannya

إِذَا تَمَّ العَقْلُ قَلَّ الكَلاَمُ
apabila akal seseorang telah sempurna maka sedikitlah bicaranya

مَنْ طَلَبَ أَخًا بِلاَ عَيْبٍ بَقِيَ بَلاَ أَخٍ
barangsiapa mencari teman yang tidak bercela, maka ia akan tetap tidak mempunyai teman

قُلِ الحَقَّ وَلَوْ كَانَ مُرًّا
katakanlah yang benar itu, walaupun ia pahit

خَيْرُ مَالِكَ مَا نَفَعَكَ

sebaik-baik hartamu adalah yang bermanfaat bagimu

خَيْرُ الأُمُوْرِ أَوْسَاطُهَا
sebaik-baik perkara itu adalah pertengahanya (yang sedang saja)

لِكُلِّ مَقَامٍ مَقَالٌ وَلِكُلِّ مَقَالٍ مَقَامٌ
tiap-tiap tempat ada kata-katanya yang tepat, dan pada setiap kata ada tempatnya yang tepat

إِذاَ لمَ ْ تَسْتَحْيِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ
apabila engkau tidak malu, maka berbuatlah sekehendakmu (apa yang engkau kehendaki)

لَيْسَ العَيْبُ لِمَنْ كَانَ فَقِيْرًا بَلِ العَيْبُ لِمَنْ كَانَ بَخِيْلاً
bukanlah cela itu bagi orang yang miskin, tapi cela itu terletak pada orang yang kikir(kedekut)

لَيْسَ اليَتِيْمُ الَّذِي قَدْ مَاتَ وَالِدُهُ بَلِ اليَتِيْمُ يَتِيْمُ العِلْمِ وَالأَدَبِ

bukanlah anak yatim itu yang telah meninggal orang tuanya, tapi (sebenarnya) yatim itu adalah yatim ilmu dan budi pekerti

لِكُلِّ عَمَلٍ ثَوَابٌ وَلِكُلِّ كَلاَمٍ جَوَابٌ
setiap pekerjaan itu ada upahnya, dan setiap perkataan itu ada jawabannya

وَعَامِلِ النَّاسَ بِمَا تُحِبُّ مِنْهُ دَائِماً
dan pergaulilah manusia itu dengan apa-apa yang engkau sukai daripada mereka semuanya

هَلَكَ امْرُؤٌ لَمْ يَعْرِفْ قَدْرَهُ
hancurlah seseorang yang tidak tahu dirinya sendiri

رَأْسُ الذُّنُوْبِ الكَذِبُ
pokok dosa itu, adalah kebohongan

مَنْ ظَلَمَ ظُلِمَ
barang siapa menganiaya niscaya akan dianiaya

لَيْسَ الجَمَالُ بِأَثْوَابٍ تُزَيِّنُنُا إِنَّ الجَمَالَ جمَاَلُ العِلْمِ وَالأَدَبِ
bukanlah kecantikan itu dengan pakaian yang menghias kita, sesungguhnya kecantikan itu ialah kecantikan dengan ilmu dan kesopanan

لاَ تَكُنْ رَطْباً فَتُعْصَرَ وَلاَ يَابِسًا فَتُكَسَّرَ
janganlah engkau bersikap lemah, sehingga kamu akan diperas, dan janganlah kamu bersikap keras, sehingga kamu akan dipatahkan

مَنْ أَعاَنَكَ عَلىَ الشَّرِّ ظَلَمَكَ
barangsiapa menolongmu dalam kejahatan maka ia telah menyiksamu

أَخِي لَنْ تَنَالَ العِلْمَ إِلاَّ بِسِتَّةٍ سَأُنْبِيْكَ عَنْ تَفْصِيْلِهَا بِبَيَانٍ: ذَكَاءٌ وَحِرْصٌ وَاجْتِهَادٌ وَدِرْهَمٌ وَصُحْبَةُ أُسْتَاذٍ وَطُوْلُ زَمَانٍ

saudaraku! Kamu tidak akan mendapatkan ilmu, kecuali dengan enam perkara, akan aku beritahukan perinciannya dengan jelas : 1) Kecerdasan 2) Ketamakan (terhadap ilmu) 3) Kesungguhan 4) Harta benda (bekal) 5) Mempergauli guru 6) Waktu yang panjang

العَمَلُ يَجْعَلُ الصَّعْبَ سَهْلاً
bekerja itu membuat yang sukar menjadi mudah

مَنْ تَأَنَّى نَالَ مَا تَمَنَّى
barangsiapa berhati-hati niscaya mendapatkan apa-apa yang ia cita-citakan

اُطْلُبِ العِلْمَ وَلَوْ بِالصَّيْنِ

tuntutlah ilmu walaupun di negeri Cina

النَّظَافَةُ مِنَ الإِيْمَانِ

kebersihan itu sebagian daripada iman

إِذَا كَبُرَ المَطْلُوْبُ قَلَّ المُسَاعِدُ
kalau besar permintaannya maka sedikitlah penolongnya

لاَ خَيْرَ فيِ لَذَّةٍ تَعْقِبُ نَدَماً
tidak ada baiknya sesuatu keenakan yang diiringi (oleh) penyesalan

تَنْظِيْمُ العَمَلِ يُوَفِّرُ نِصْفَ الوَقْتِ

pengaturan pekerjaan itu menabung sebanyak separohnya waktu

رُبَّ أَخٍ لَمْ تَلِدْهُ وَالِدَةٌ

berapa banyak saudara yang tidak dilahirkan oleh satu ibu

دَاوُوْا الغَضَبَ بِالصُّمْتِ
ubatilah kemarahan itu dengan diam

الكَلاَمُ يَنْفُذُ مَالاَ تَنْفُذُهُ الإِبَرُ
perkataan itu dapat menembus apa yang tidak bisa ditembus oleh jarum

لَيْسَ كُلُّ مَا يَلْمَعُ ذَهَباً
bukan setiap yang berkilat itu emas

سِيْرَةُ المَرْءِ تُنْبِئُ عَنْ سَرِيْرَتِهِ
gerak-gerik seseorang itu menunjukkan rahsianya

قِيْمِةُ المَرْءِ بِقَدْرِ مَا يُحْسِنُهُ
harga seseorang itu sebesar (sama nilainya) kebaikan yang telah diperbuatnya

صَدِيْقُكَ مَنْ أَبْكَاكَ لاَ مَنْ أَضْحَكَكَ
temanmu ialah orang yang menangiskanmu (membuatmu menangis) bukan orang yang membuatmu tertawa

عَثْرَةُ القَدَمِ أَسْلَمُ مِنْ عَثْرَةِ اللِّسَانِ
tergelincirnya kaki itu lebih selamat daripada tergelincirnya lidah

خَيْرُ الكَلاَمِ مَا قَلَّ وَدَلَّ
sebaik-baik perkataan itu ialah yang sedikit dan memberi penjelasannya/jelas

كُلُّ شَيْئٍ إِذَا كَثُرَ رَخُصَ إِلاَّ الأَدَبَ

segala sesuatu apabila banyak menjadi murah, kecuali budi pekerti

أَوَّلُ الغَضَبِ جُنُوْنٌ وَآخِرُهُ نَدَمٌ
permulaan marah itu adalah kegilaan dan akhirnya adalah penyesalan

العَبْدُ يُضْرَبُ بِالعَصَا وَالحُرُّ تَكْفِيْهِ بِالإِشَارَةِ
hamba sahaya itu harus dipukul dengan tongkat, dan orang yang merdeka (bukan budak) cukuplah dengan isyarat

اُنْظُرْ مَا قَالَ وَلاَ تَنْظُرْ مَنْ قَالَ

perhatikanlah apa-apa yang dikatakan (diucapkan) dan janganlah meperhatikan siapa yang mengatakan

الحَسُوْدُ لاَ يَسُوْدُ
orang yang pendengki itu tidak akan menjadi mulia

الأَعْمَالُ بِخَوَاتِمِهَا
tiap-tiap pekerjaan itu dengan penyelesaiannya

إِلهِي لَسْتُ لِلْفِرْدَوْسِ أَهْلاً # وَلاَ أَقْوَى عَلىَ النَّارِ الجَحِيْمِ
wahai Tuhanku!Aku bukanlah ahli syurga,tapi aku tidak kuat dalam neraka

فَهَبْ ليِ تَوْبَةً وَاغْفِرْ ذُنُوْبيِ # فَإِنَّكَ غَافْرُ الذَّنْبِ العَظِيْمِ
maka berilah aku taubat (keampunan) dan ampunilah dosaku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa yang besar

ذُنُوْبيِ مِثْلُ أَعْدَادِ الرِّمَالِ # فَهَبْ ليِ تَوْبَةً يَاذاَالجَلاَلِ
dosaku bagaikan bilangan pasir, maka berilah aku taubat wahai Tuhanku yang memiliki keagungan

وَعُمْرِي نَاقِصٌ فيِ كُلِّ يَوْمٍ # وَذَنْبيِ زَئِدٌ كَيْفَ احْتِمَالِ
umurku ini setiap hari berkurang, sedang dosaku selalu bertambah, bagaimana aku menanggungnya

إِلهِي عَبْدُكَ العَاصِي أَتَاكَ # مُقِرًّا بِالذُّنُوْبِ وَقَدْ دَعَاكَ
wahai, Tuhanku ! Hamba Mu yang berbuat dosa telah datang kepada Mu dengan mengakui segala dosa, dan telah memohon kepada Mu

فَإِنْ تَغْفِرْ فَأَنْتَ لِذَا أَهْلٌ # فَإِنْ تَطْرُدْ فَمَنْ نَرْجُو سِوَاكَ

maka jika engkau mengampuni, maka Engkaulah ahli pengampun jika Engkau menolak, kepada siapakah lagi aku mengharap selain kepada Engkau?

Read More......
Isnin, Disember 20, 2010 Posted in | | 2 Comments »



Apabila dilontarkan soalan mengenai urutan nama-nama bulan Islam kepada 10 anak muda kini, tidak mustahil sembilan daripada mereka terdiam atau tergagap-gagap menyebut satu demi satu bulan Islam.

Sementara yang seorang lagi pun, mungkin berjaya menamakan bulan-bulan Islam selepas menyanyi perlahan sebuah lagu bertajuk Bulan-bulan Islam nyanyian kumpulan nasyid Alarm Me yang pernah dihafalnya ketika di bangku sekolah.

Bagi kebanyakan anak muda, mereka sekadar tahu nama bulan-bulan tertentu yang melibatkan perayaan seperti bulan Ramadan, Syawal, Muharam dan Zulhijjah.

Senario sebegitu adalah gambaran umum mengenai betapa jauhnya takwim Islam di hati anak-anak muda kini berbanding takwim Masihi yang kita gunakan setiap hari.

Jika ada antara kita yang menghafal bulan-bulan Islam sekali pun, mungkin ada segelintirnya yang tidak tahu mengenai sejarah takwim Islam itu sendiri.

Bila ia bermula dan siapa yang mencetuskan takwim tersebut?


Hijrah Rasulullah

Menurut Ketua Penolong Pengarah Cawangan Falak, Bahagian Penerangan dan Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Che Alias Che Ismail, kalendar Islam ataupun takwim Hijrah dimulakan oleh Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar al-Khattab.

Peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah telah dijadikan asas kepada penetapan permulaan sambutan Maal Hijrah, kalendar Islam ataupun takwim Hijrah.

Asas pembinaan takwim Islam sebenarnya telah digambarkan di dalam al-Quran iaitu Surah Yunus Ayat 5 yang bermaksud:

‘Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang benderang) dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-pindah) pada tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa'.

‘Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-Nya (tanda-tanda kebesaran-Nya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui hikmat sesuatu yang dijadikan-Nya.'

“Sebelum dilaksanakan penetapan takwim Hijrah ini dan semasa hayat Rasulullah SAW, takwim yang digunakan ialah sistem takwim Qamariyah (sistem hitungan bulan).

“Penentuan tahun pula dirujuk kepada tahun berlakunya sesuatu peristiwa atau kejadian seperti tahun gajah, peperangan al-Fijar, tarikh pembinaan Kaabah dan sebagainya. Cara penetapan sedemikian tidak boleh dijadikan pegangan kerana catatannya tidak menggunakan kaedah yang tetap dan seragam,” jelasnya.

Tambah Che Alias, segalanya bermula pada tahun 17 Hijrah iaitu tahun keenam selepas kewafatan Rasulullah SAW. Saidina Umar al-Khattab bersetuju dengan cadangan Saidina Ali Abi Talib supaya menjadikan tahun Rasulullah SAW berhijrah sebagai tahun pertama bagi takwim Hijrah.

Saidina Uthman Affan pula mencadangkan supaya bulan Muharam adalah bulan pertama dalam sistem takwim Hijrah walaupun tarikh sebenar Rasulullah berhijrah adalah pada akhir bulan Safar dan tiba di Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiul Awal bersamaan 24 September 622 Masihi.

Bermula daripada peristiwa tersebut, umat Islam dengan rasminya mempunyai satu sistem kalendar tersendiri yang dinamakan takwim Hijrah.


Perbezaan

Perhitungan takwim Qamariah adalah berdasarkan peredaran bulan mengelilingi bumi yang setiap pusingan mengambil masa selama 29.53059 hari dalam hitungan falak. Ini berbeza dengan perkiraan takwim Syamsiyah yang merujuk kepada kedudukan dan pergerakan matahari.

Firman Allah dalam Surah al-Kahfi Ayat 250 bermaksud: ‘Dan mereka tinggal dalam gua mereka selama 300 tahun dan (sebahagian) manusia menambah sembilan (tahun kepadanya)’.

“Mengikut perkiraan ilmu falak, ayat tersebut menunjukkan bahawa 300 tahun bagi tahun Masihi (Syamsiyah) adalah menyamai 309 tahun Qamariah atau tahun Hijrah yang digunakan sebagai takwim Islam sekarang.

“Ini terbukti melalui kiraan jumlah hari yang berkitar 29-30 hari bagi satu pusingan pergerakan bulan mengelilingi bumi (satu kitaran), bersamaan dengan satu tahun mempunyai 354 hari iaitu 11 hari kurang dari tahun Syamsiyah iaitu kalendar Masihi yang berjumlah 365 hari atau 366 pada tahun lompat,” jelasnya.

Tambahnya, takwim Hijrah telah diambil kira pemakaiannya semenjak tahun 622 Masihi yang dikuatkuasakan penggunaannya pada zaman Khalifah Saidina Umar al-Khattab hingga kini.

Sementara itu, walaupun takwim Syamsiyah (Masihi) telah diperkenalkan pada zaman pemerintahan kerajaan Rom (kalendar Julian), namun kalendar yang diguna pakai sekarang adalah takwim yang diperkenalkan oleh Pope Gregory XIII (kalendar Gregorian) pada tahun 1582 Masehi.

Menyentuh mengenai keistimewaan takwim Islam, Che Alias memberitahu, ia menjadi panduan kepada umat Islam bagi hari dan bulan ibadat, contohnya penetapan awal Ramadan, Syawal dan Zulhijjah.

“Takwim Islam juga penting dari segi sejarah terutamanya bagi memperingati berlakunya peristiwa besar Islam seperti Nuzul al-Quran, Israk Mikraj, Maulidur Rasul, Maal Hijrah dan amalan-amalan yang lain.

“Takwim Islam dapat melenyapkan era takwim zaman jahiliah dalam setiap aspek kehidupan umat Islam sama ada dari segi akidah, syariah, muamalah dan akhlak,” katanya.

Jelas Che Alias, pada akhir tahun bagi takwim Hijrah iaitu akhir bulan Zulhijjah, umat Islam digalakkan berdoa (doa akhir tahun) sementara menunggu masuknya awal Muharam yang ditetapkan sebagai awal tahun Hijrah yang baru.

Umat Islam juga digalakkan membaca doa awal tahun bagi memohon keampunan dan keberkatan daripada Allah SWT.


Tarikh global

Dalam pada itu, Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim, Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr. Ismail Ibrahim memberitahu, senario ramai anak muda tidak mengetahui bulan-bulan Islam berlaku kerana kita sudah mewarisi penggunaan kalendar Masihi yang menjadi satu amalan penggunaan tarikh global.

“Tidak menjadi satu kesalahan untuk mengamalkannya kerana semua masyarakat antarabangsa menggunakan tarikh yang sama. Walaupun kini mereka hanya mengingati peristiwa atau hari-hari kebesaran Islam tertentu, itu sudah cukup baik.

“Kita bersyukur kerana negara kita mementingkan penggunaan tahun hijrah dari sudut cuti umum seperti satu Muharam, 12 Rabiul Awal, awal Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Tambahnya, bagi meningkatkan kesedaran, pengetahuan mengenai bulan-bulan Islam ini perlu diterapkan pada peringkat pendidikan anak-anak, bermula di peringkat rendah, menengah dan seterusnya ke peringkat tinggi.

“Kini sudah banyak yang menggunakan tarikh-tarikh hijrah sebagai contoh di akhbar-akhbar dan di dalam takwim-takwim yang sedia ada.

“Walaupun sambutan tahun baru Hijrah tidak semeriah tahun baru Masihi, ini tidak bermakna mereka tidak mengenali tahun Hijrah.

“Kita lihat tahun baru Masihi lebih meriah diraikan kerana budaya dan amalan masyarakat berbilang kaum di negara ini mengikut cara sambutannya di seluruh dunia,” ujar Ismail.

Berbeza pengisian

Cara meraikan sambutan tahun baru Islam juga berbeza pengisiannya berbanding tahun baru Masihi yang sinonim dengan pelbagai jenis hiburan yang melalaikan.

“Sebagai mengimbanginya, kita juga meraikan tahun baru Masihi dengan cara mengadakan forum-forum dan acara-acara keagamaan bagi mengingati syiar Islam dan kebesaran Allah.

“Selain itu, sambutan Maal Hijrah juga disambut meriah dengan pelbagai program seperti perarakan, perjumpaan Maal Hijrah di negeri-negeri seluruh negara, pengurniaan Tokoh Maal Hijrah dan sebagainya,” katanya.

Ismail menyarankan, cara terbaik untuk menimbulkan kesedaran mengenai bulan-bulan Islam adalah mengaitkannya dengan peristiwa yang berlaku dalam keluarga seperti pertunangan, perkahwinan, kelahiran dan sebagainya.

Di sekolah pula, takwim Islam mungkin boleh disertakan dengan tahun Masihi bagi mendedahkan generasi muda mengenai takwim Islam.

Selain itu katanya, kalendar-kalendar sepatutnya disertakan dengan tarikh-tarikh Islam kerana di Malaysia takwim Islam sudah ditetapkan sepanjang tahun.

Wallau a'lam..SALAM MAAL HIJRAH 1432

Read More......
Isnin, Disember 06, 2010 Posted in | | 1 Comments »