Bismillahirrahmanirrahim..segala puji bagi Allah Tuhan Khalid sekalian alam yang masih memberikan jiwa hamba ini bernafas sehingga ke saat ini,selawat dan salam kerinduan ku titipkan ke atas Junjungan Mulia Saidina Muhammad Sallallahu 'alaihi wa sallam,ahli keluarga baginda,para sahabat ridhuanullahu 'alaihim,serta buat seluruh pejuang yang menegakkan kalimah tauhid di atas muka bumi ini..salam ta'ruf dan salam kasih sayang..
Buat kesekian kalinya aku mentawajuhkan diri menceburi bidang penulisan blog ini.Semua sedia maklum penulisan blog adalah salah satu jaringan rangkaian sosial di alaf serba canggih ini,yang mana ia dijadikan salah satu platform bagi sesetengah individu atau kelompok meluah dan berkongsi segala isi hati, menyuarakan pendapat,melontarkan gagasan idea,mempromosi perniagaan,membuat kupasan artikel berkaitan isu semasa baik dalam politik,ekonomi dan kehidupan ummah amnya.Kebanyakan penulisan blog ini lebih cenderung kepada penulisan blog peribadi.
Kenapa mesti blog?mugkin di sana satu pertanyaan yang boleh dikupaskan secara ilmiah.Merujuk kepada kalam hukama':"addakwah bil hal afsoh min dakwah bil qaul".
.
Jelas di sini penulisan di dalam blog merupakan salah satu cabang dakwah selain daripada dakwah dengan kata-kata(ceramah,tazkirah dan sebagainya).Secara fitrah hati manusia ini lebih mudah tersentuh jika membaca sesuatu yang dititipkan melalui tulisan-tulisan berunsurkan ilmiah .Impaknya lebih terkesan apabila dinilai secara rasional dengan mata hati.Penulisan ilmiah juga amat penting bagi santapan jiwa insan.
Ternyata amat benar pada ungkapan ketajaman mata pena(penulisan) lebih berbisa daripada ketajaman mata pedang yang secara logiknya mampu mambuka pintu hati manusia berubah dari kurang baik kepada baik,daripda baik kepada yang lebih baik,yang lebih baik kepada cemerlang lebih-lebih lagi di hadapan Tuhannya.Cemerlang di dunia mahupun akhirat.insyaAllah..
Untuk akhirnya,pesan buat diriku yang serba kekurangan ini dan buat teman semua ayuh sama-samalah kita memanfaatkan nikmat yang telah dikurniakan ini dengan sebaik mungkin.Apa yang paling penting melalui platform ini usaha-usaha dakwah itu sentiasa diteruskan walau di mana sahaja kita berada demi memastikan cita-cita islam itu terlaksana.Bila Islam di hati,pasti hidup harmoni.Salam kasih sayang buat semua.
wallahu a'lam.
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
2 hari yang lalu